KPDN gagalkan cubaan seludup petrol guna kenderaan diubahsuai

KPDN gagalkan cubaan seludup petrol guna kenderaan diubahsuai

HASBULLAH Abd. Rashid memeriksa tangki tambahan pada kenderaan ditahan dalam operasi di sebuah stesen minyak sekitar Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Cubaan sindiket penyeludupan petrol bersubsidi menggunakan kenderaan diubahsuai berjaya dipatahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis dalam satu operasi di sebuah stesen minyak sekitar Jalan Kaki Bukit, di sini, semalam.

Operasi sekitar pukul 8 malam itu dilaksanakan hasil risikan selama dua minggu oleh anggota penguat kuasa.  

Pengarah KPDN negeri, Hasbullah Abd Rashid berkata, menerusi pemeriksaan awal dilakukan, pihaknya menemui tangki tambahan yang diubahsuai pada kenderaan jenis Nissan Sentra terbabit disyaki berisi petrol subsidi RON95.

“Kenderaan itu didapati dipandu oleh seorang suspek warga tempatan berusia 29 tahun yang dipercayai cuba menyeludup keluar bahan kawalan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KPDN negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hasbullah berkata, menerusi pemeriksaan lanjut, dianggarkan sejumlah 300 liter petrol ditemukan dalam tangki tambahan kenderaan terbabit.

“Kami turut menahan lelaki itu dan nilai rampasan petrol tersebut dianggarkan kira-kira RM615. Secara keseluruhannya, nilai rampasan termasuk kenderaan disita adalah RM8,930,” katanya.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, terdapat beberapa modus operandi digunakan oleh suspek berkenaan antaranya dengan melakukan pengisian dalam kenderaan yang diubahsuai dan dipindahkan ke lokasi lain seperti setor haram sekitar sempadan untuk pengagihan.

Katanya, selain itu, sindiket berkenaan juga dikenalpasti membawa petrol dalam kenderaan diubahsuai itu untuk diagihkan bahan bakar berkenaan di negara jiran.

“Kita juga dapati sindiket ini membuat bayaran upah lumayan sekitar RM100 bagi satu trip,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya