Koperal polis mengaku tidak salah curi enjin motosikal RX-Z

Koperal polis mengaku tidak salah curi enjin motosikal RX-Z

FARIS Zahim Farizan dituduh mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RX-Z di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RX-Z, pada Julai lalu.  

Tertuduh, Faris Zahim Farizan, 32, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Balai Polis Chukai didakwa mencuri enjin motosikal milik seorang wanita. 

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 20 Julai lalu kira-kira pukul 12.45 malam hingga 1.15 pagi di tepi bangunan pejabat pegawai penyiasat trafik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara hingga tujuh tahun dan denda. 

Wan Suhaila kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 dengan seorang penjamin. dan menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya