Kontraktor warga Bangladesh nafi terima suapan RM2,000

Kontraktor warga Bangladesh nafi terima suapan RM2,000

ALIF Khan (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang kontraktor warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000 minggu lalu.

Tertuduh, Alif Khan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan iaitu wang tunai berjumlah RM2,000 daripada seorang wanita warga Indonesia sebagai dorongan bagi membantu mengenyahkan namanya daripada senarai hitam imigresen.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Hotel Cititel di George Town antara pukul 9.20 malam hingga 9.45 malam 17 Oktober 2024 yang didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya