Kontrak sewa Black Hawk mungkin dibatalkan - Khaled 

Kontrak sewa Black Hawk mungkin dibatalkan – Khaled 

MOHAMED Khaled Nordin (tiga dari kanan) melawat tapak pameran Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2024 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kontrak perolehan sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada pembekal mungkin akan dibatalkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya akan mencari alternatif penyelesaian jangka pendek bagi tempoh lima tahun untuk kegunaan TDM.

“Pada 30 Oktober, Rabu ini (tempoh akhir), kemungkinannya akan dibatalkan (kontrak) dan kita akan fikirkan bagaimana mahu  cari alternatif. Kita perlu memahami bahawa Black Hawk yang awal itu hanyalah untuk disewa dan hanya dalam tempoh lima tahun dan bukannya untuk dibeli secara kekal.

“Dalam keadaan kita batalkan itu, saya telah minta pihak TDM untuk mencari alternatif lain kerana adalah ‘stop gap’ sementara bagi tempoh lima tahun untuk kegunaan mereka dan itu biar Bahagian Teknikal TDM tentukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Eksesais Panah Jaguh Siri 2/2024 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok, dekat sini hari ini.

Pada bulan lepas, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, kementeriannya memberi tempoh kepada pihak pembekal hingga Oktober ini untuk memenuhi penghantaran empat helikopter Black Hawk.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, laporan penuh insiden Kapal Diraja (KD) Pendekar yang tenggelam di Perairan Tanjung Penyusop akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

“Kapal itu sudah pun dikeluarkan dari air dan dibawa ke kawasan yang boleh dibuat kajian mendalam apa punca dan sebagainya. Tidak lama lagi akan keluarkan laporannya,” katanya lagi. 

Sebelum ini Bahagian Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut berkata, punca dan faktor-faktor terlibat yang menyebabkan insiden tenggelamnya KD Pendekar masih dalam siasatan.

Pada 25 Ogos lalu, KD Pendekar mengalami kebocoran dan tenggelam ketika melaksanakan operasi pada kedudukan dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, dekat sini pukul 12 tengah hari, dipercayai akibat  terlanggar objek bawah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya