Kongsi pengalaman bantu Orang Asli, sekolah jana pendapatan tanam cendawan

Kongsi pengalaman bantu Orang Asli, sekolah jana pendapatan tanam cendawan

MOHD. Hata Ali dan Asnizad Abdul Wahab menunjukkan cendawan yang mereka tanam di Jalan Pahang, Tapah, Perak. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pengalaman dalam dunia penanaman cendawan tiram kelabu sejak lebih 18 tahun lalu digunakan pasangan suami isteri, Mohd. Hata Ali dan Asnizad Abdul Wahab untuk menurun­kan ilmu mereka kepada golo­ngan asnaf, Orang Asli dan pelajar sekolah.

Asnizad berkata, secara dasarnya keperluan mereka te­lah mencukupi dengan nilai jualan cendawan kira-kira RM5,000 sebulan.

“Cukuplah untuk kami ber­dua kerana anak-anak dah membesar selain ada perniagaan lain seperti katering dan kambing golek.

“Memang kedua-dua perniagaan itu bermusim tetapi sudah tiada hutang selain memiliki tanah dan rumah sendiri jadi cukuplah,” katanya kepada Utusan Malaysia di Batu 6, Jalan Pahang di sini semalam.

Katanya, mereka kini lebih menumpukan khidmat nasihat kepada golongan asnaf, Orang Asli, pelajar sekolah dan tadika untuk menjana pendapatan.

“Cendawan ini mudah ditanam selain dijaga dengan rapi bukan sahaja boleh dimakan sekeluarga malah menjadi pendapatan sampingan.

“Penanaman cendawan kelabu tidak memerlukan modal yang besar,” katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Halimah Abdul Ali, 45,, berkata, dia baru enam bulan menceburi bidang penanaman cendawan.

“Sebenarnya saya bermula dengan 50 bongkah cendawan sahaja. Setiap bongkah cendawan berupaya mencatatkan sehingga enam kali pusingan pengeluaran dalam tempoh tiga bulan de­ngan hasil tuaian setiap ­bongkah mencecah purata 200 gram.

“Cukuplah untuk makanan saya dengan empat orang anak sekali selain dijual di restoran dan kedai makanan terdekat untuk pendapatan sampingan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya