KKM sedang menilai tahap mental kanak-kanak dari rumah Amal GISBH

KKM sedang menilai tahap mental kanak-kanak dari rumah Amal GISBH

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) menerusi Op Global baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa ini, kanak-kanak berkenaan ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, sejak diselamatkan, kanak-kanak berkenaan telah pun diberikan perkhidmatan kaunseling oleh JKM dan kaunselor dari KKM.

“Saya belum mendapatkan statistik (jumlah sebenar kanak-kanak yang mengalami kesihatan mental). Kalau nak statistik secara lebih jelas dan lebih konkrit saya tidak boleh menyebutnya secara spesifik.

“Apapun banyak perkara masih dalam siasatan dan kami terlibat untuk memberikan kaunseling dan saya percaya bahagian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) kita akan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM, di sini hari ini.

Katanya, KKM memberikan kerjasama penuh terhadap isu membabitkan kanak-kanak berkenaan terutama terkait dengan kesihatan.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan memberikan sokongan perkhidmatan secara khusus dan berlandaskan kepakaran dalam KKM.

“Kita bersedia untuk membantu. Kalau perlu kita akan buat kenyataan kemudian tapi sekarang kita tidak ada apa-apa yang nak terbitkan kerana saya tegaskan kes ini masih dalam siasatan.

“Cuma saya boleh sahkan, kanak-kanak ini telah menjalani proses dan sesi kaunseling. Statistik mengenainya akan diberikan kemudian,” katanya.

Sebelum ini, seramai 13 pakar psikologi daripada NCEMH dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) disediakan KKM bagi merawat kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global.

Kumpulan pakar psikologi tersebut merupakan pasukan petugas khas yang melakukan saringan kesihatan mental kepada kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan sementara di PULAPOL Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan 572 kanak-kanak yang menjadi mangsa GISBH berjaya diselamatkan dan ditempatkan di 11 rumah selamat dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN