KKM pandang serius kejadian keracunan makanan di sekolah

KKM pandang serius kejadian keracunan makanan di sekolah

LUKANISMAN Awang Sauni ketika ditemui semasa majlis perasmian sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat Kebangsaan, di ITCC Penampang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan memberi amaran tegas terhadap semua pengusaha makanan termasuk pengusaha kantin sekolah untuk sentiasa memastikan penyediaan makanan adalah selamat dan bersih.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, keracunan makanan adalah satu perkara yang sangat serius terutama apabila ia membabitkan fasiliti sepeti sekolah.

“Ia sangat-sangat membahayakan anak-anak kita. Sama seperti kenyataan yang KKM keluarkan semalam mengenai pengusaha makanan yang mencuci peralatan memasak menggunakan air parit.

“Ini satu amaran yang tegas dan juga keras daripada KKM bahawa pastikan penyediaan makanan adalah selamat dan bersih serta tidak menyebabkan risiko terhadap pengambilan atau pembelian makanan tersebut,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat Kebangsaan, di ITCC Penampang hari ini.

Menurut Lukanisman, KKM akan mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha makanan yang tidak mematuhi peraturan berkaitan proses penyediaan makanan yang bersih.

Pada masa sama, masyarakat juga harus segera buat laporan sekiranya berlaku insiden keracunan makanan dan bukannya melindungi pengusaha-pengusaha makanan yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dua kejadian keracunan makanan di dua sekolah di Sabah dalam tempoh tiga minggu ini.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada 24 September di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut yang membabitkan 49 pelajar dan kejadian kedua berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala, Papar yang mengakibatkan sekumpulan murid dihantar ke wad kecemasan.

Keracunan makanan di SMK Membakut dipercayai akibat makan makanan pek yang disediakan dalam satu program sekolah manakala, di SK Kuala, kejadian keracunan dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dijual di kantin sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya