KKM nafi lewat tubuh pasukan khas siasat kematian pakar patologi

KKM nafi lewat tubuh pasukan khas siasat kematian pakar patologi

Pakar patologi
DZULKEFLY Ahmad ditemui pemberita pada Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Negeri Selangor dekat sebuah kawasan pusat perniagaan di Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor, semalam.- UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan berhubung kelewatan penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat isu kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengenai isu itu dianggap tidak tepat sebaliknya pasukan khas itu ditubuhkan bagi menganalisis input daripada siasatan insiden berkenaan secara lebih mendalam.

“Kenyataan beliau (Poay Tiong) bahawa kami lewat (menjalankan siasatan) tersasar daripada fakta sebenar.

“Beliau sepatutnya mengetahui kita telah memulakan siasatan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (Sabah) dalam kadar segera,” katanya selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) Negeri Selangor di Puncak Alam, semalam.

Kelmarin, Pay Tiong dalam satu kenyataan meluahkan kekecewaan terhadap pengumuman KKM bahawa pasukan petugas itu hanya akan ditubuhkan pada 10 Oktober iaitu lebih sebulan selepas kematian Dr. Tay Tien Yaa pada 29 Ogos lalu.

Media sebelum ini melaporkan seorang pakar di Hospital Lahad Datu ditemukan mati di kediamannya pada 29 Ogos lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden buli di tempat kerja.

Awal bulan ini, KKM mengumumkan penubuhan sebuah pasukan petugas khas bebas bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.

Pasukan itu turut dianggotai lima ahli bebas bukan anggota KKM yang berpengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, psikiatri, patologi serta kesihatan mental dan perlakuan buli.

Dalam pada itu, kata Dzulkefly, pihaknya memberikan jaminan keluarga mendiang akan diberi pampasan ex-gratia selepas memperoleh hasil siasatan pasukan khas berkenaan.

“Selepas kita ada dapatan, kalau mendiang layak untuk diberikan pampasan, kita akan segera berikan mengikut SOP (prosedur operasi standard).

“Saya memberi jaminan akan berkongsikan hasil dapatan panel itu kepada umum kerana kami telus dan tiada apa yang perlu disembunyikan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya