Kita harapkan keadilan untuk beliau - Akmal Salleh

Kita harapkan keadilan untuk beliau – Akmal Salleh

Datuk Dr Akmal Salleh dan Datuk Mohd Noor Helmy beramah mesra bersama penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO mengharapkan keputusan yang adil bagi pertuduhan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Salleh berkata, beliau juga mahukan keputusan yang terbaik untuk bekas Presiden UMNO itu pada hari ini.

“Kita harapkan yang terbaik dan keadilan untuk beliau hari ini,” katanya ringkas sebaik sahaja tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy.

Hari ini, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan atau diperintah membela diri atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN