Kilang kitar semula didenda RM100,000 abai keselematan pekerja

Kilang kitar semula didenda RM100,000 abai keselematan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebuah kilang kitar semula, Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd., dikenakan denda RM100,000 selepas didapati bersalah atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat mengakibatkan kemalangan maut melibatkan salah seorang pekerjanya.

Hakim Mahkamah Sesyen  Sepang, Amir Affendy Hamzah menjatuhkan hukuman denda itu kepada pemilik kilang itu yang diwakili pengurus kilang setelah mengaku bersalah selepas pendakwaan dijalankan semalam.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, kilang itu didakwa  kerana kegagalan majikan dalam memenuhi tanggungjawab  memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja di tempat  kerja.

Katanya, kilang tersebut merupakan tempat kerja pertama yang didakwa selepas berkuat kuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan  Pekerjaan (Pindaan) 2022 pada 1 Jun lalu.

“Siasatan yang dijalankan oleh pihak JKKP mendapati kilang tersebut melanggar  peruntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.

“Berikutan pelanggaran ini, JKKP mengambil tindakan tegas denganmendakwa Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd. di Mahkamah  Sesyen Sepang semalam,” katanya hari ini.

JKKP berkata,, di bawah pindaan terbaharu akta ini,  syarikat yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau  penjara selama dua tahun.

Pada masa sama, JKKP mengingatkan semua industri agar mematuhi  peraturan yang digariskan di bawah akta ini.

“JKKP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana  individu atau syarikat yang melanggar undang-undang keselamatan dan  kesihatan pekerjaan.

“Penguatkuasaan yang lebih ketat akan diteruskan  bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terus  dilindungi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya