Ketua balai, dua anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadah

Ketua balai, dua anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadah

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ketua balai dan dua anggotanya yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras di sini, semalam, didapati positif dadah.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka berusia antara 37 tahun hingga 57 tahun itu bertugas di dalam kawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mereka antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan pada awal pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing, 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga anggota polis.

“Mereka ditahan reman dua hari bermula semalam sehingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Hussein berkata, ketiga-tiga anggota polis terbabit diambil tindakan ditukar bahagian serta-merta ke Jabatan Pengurusan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sementara menunggu hasil siasatan.

Beliau berkata, satu siasatan tatatertib juga menyusul untuk tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pegawai dan anggota adalah dilarang berada di pusat hiburan kecuali atas urusan tugas.

“Tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah akan diambil ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar arahan termasuk terbabit penyalahgunaan dadah,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan seorang ketua balai polis dan dua anggotanya yang berhibur di sebuah pusat hiburan.

Menurut sumber, serbuan dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor selepas menerima maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya