Kesemua 21 rakyat Malaysia di Lubnan berjaya dibawa keluar

Kesemua 21 rakyat Malaysia di Lubnan berjaya dibawa keluar

KUMPULAN terakhir warga Malaysia di Lubnan bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut. - Foto ihsan Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Misi evakuasi semua warga Malaysia dari seluruh Lubnan berakhir apabila kumpulan terakhir terdiri empat orang selamat dibawa keluar dari negara tersebut hari ini.

Sumber dari Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Beirut ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pejabat misi diplomatik sudah pun selesai melaksanakan pemindahan itu.

“Kami telah berjaya operasi evakuasi kesemua 21 rakyat Malaysia dan juga tanggungan mereka dari Beirut. Keselamatan mereka kekal menjadi keutamaan kerajaan,” jelasnya.

Proses pemindahan warga Malaysia mula dilakukan pada lewat 3 Oktober lalu dengan kumpulan pertama yang melibatkan seramai empat orang tiba pada pagi keesokan hari, diikuti seorang lagi yang dilaporkan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang 4 Oktober lepas.

Langkah kecemasan itu diatur susulan tindakan ketenteraan oleh pihak keselamatan rejim Israel ke atas Lubnan sebagai misi balas dendam setelah diserang pasukan Hezbollah.

Mengulas lanjut, sumber mengesahkan bahawa kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dengan pesawat komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan bekerjasama baik dalam menjayakan operasi evakuasi tersebut,” tambahnya.

Semalam, dua kumpulan warga Malaysia selamat tiba di KLIA dengan masing-masing terdiri enam orang sekeluarga pada sebelah pagi serta baki enam lagi lewat malam tadi.

Walau bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan bahawa Duta Besar Malaysia, Azri Mat Yacob akan terus kekal di Beirut demi tugas dan amanah dipertanggungjawabkan.

Selain itu, terdapat juga seramai 850 anggota dan pegawai Batalion Malaysia (Malbatt) yang bertugas dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang ditempatkan di dua kem sektor barat iaitu Marakah dan Tibnin.

Mereka masih kekal di Lubnan dan hanya menunggu arahan daripada markas induk badan dunia itu sekiranya perlu berundur tertakluk kepada penilaian situasi semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya