Kesatuan dan perpaduan antara semua Raja Melayu penting

Kesatuan dan perpaduan antara semua Raja Melayu penting

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan tentang keperluan dan kepentingan kesatuan serta kesepaduan yang utuh antara semua sembilan raja-raja Melayu. 

Titah baginda, raja-raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa bantu-membantu ketika berdepan apa jua permasalahan rakyat jelata. 

Sultan Sharafuddin bertitah, ia sangat penting kerana peranan raja-raja Melayu dalam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini melangkaui isu-isu agama, malah turut membabitkan isu-isu semasa lain.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan kepada semua kerabat diraja supaya mempamerkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak umum atau dalam media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia agar dihormati dan disayangi rakyat. 

“Isu-isu sensitif membabitkan sesama raja-raja Melayu perlu dielakkan daripada dibincangkan dalam media-media sosial,” titah Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan kepada Selangor Press Office.

Sultan Selangor menzahirkan titah itu setelah menerima menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim di Istana Selangor, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Dalam pertemuan selama lebih sejam itu, Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor membincangkan pelbagai isu yang melibatkan institusi diraja dan arena bola sepak tanah air.

Mengenai bola sepak, kesefahaman telah dicapai bahawa tidak ada lagi perselisihan dan pertelagahan yang boleh mengundang permusuhan sehingga membawa kepada keganasan. 

Baginda menegaskan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan rakyat yang telah sekian lama menyatupadukan masyarakat, justeru harus dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu wadah keharmonian negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN