Kes pelajar jatuh bangunan sekolah: Tiada unsur jenayah, peras ugut

Kes pelajar jatuh bangunan sekolah: Tiada unsur jenayah, peras ugut

RUSDI MOHD ISA melakukan saringan kesihatan ketika majlis perasmian Taman Angkat Amanita, di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada unsur jenayah dan peras ugut ditemukan membabitkan insiden seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang maut setelah terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun, katanya, jika ada bukti jenayah ditemukan, maka kes itu akan dipindahkan kepada kepada kes jenayah.

“Bila kita buka kertas siasatan, kita akan buka bawah SDR. Kes itu tetap disiasat seperti biasa tapi jika pada bila-bila masa ada bukti jenayah, maka kita akan pindahkan kes itu.

“Walaupun kes SDR, kami tetap akan siasat. Kita akan siasat kenapa mangsa bunuh diri dan kenapa dia terjun dari bangunan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Tama Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) di sini hari ini.

Katanya, pihak polis menganggap mana-mana kes bunuh diri ini sebagai kes yang amat sensitif kerana membabitkan perasaan ahli keluarga mangsa.

Malah, jika perlu, katanya pihaknya setakat ini boleh mengesahkan insiden bunuh diri itu, tetapi tidak akan mendedahkan butiran lanjut bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat lapan bangunan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, Rusdi melancarkan Taman Angkat Amanita di Presint 11 di sini, iaitu inisiatif pencegahan jenayah bagi kumpulan wanita dan suri rumah yang berperanan membantu pihak polis menyalurkan maklumat mengenai sebarang kes jenayah di komuniti masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya