Kes kibar bendera, 17 warga China dirakam kenyataan - Utusan Malaysia

Kes kibar bendera, 17 warga China dirakam kenyataan

AZIZI Mat Aris (depan, tengah) dalam sidang akhbar pada Festival kesenian Islam Nasyid PDRM Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 17 warganegara China telah dirakam kenyataan oleh Polis Perak berhubung kes perarakan mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya juga sedang mengesan beberapa lagi warga asing dari pelbagai negara yang dikatakan turut serta dalam perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Jelasnya, polis telah meluluskan permohonan pihak penganjur lebih awal yang bagaimanapun tidak menyatakan perhimpunan itu akan melibatkan warga asing dan mengibarkan bendera negara lain.

“Kita telah meluluskan permohonan mereka dengan syarat-syarat. Oleh kerana mereka melanggar syarat maka hari ini kita mengambil tindakan.

“Bukan kerana tiada notis, tetapi melanggar syarat dalam notis (kelulusan) yang diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini  hari ini.

Menurut Azizi antara beberapa syarat dalam perhimpunan tersebut ialah tidak boleh menggangu ketenteraman awam, tidak menghalang lalu lintas serta mengibarkan bendera asing.

“Tidak boleh melibatkan warga negara asing. Kalau hendak bawa warga negara asing, kena memohon kepada banyak peringkat dan pihak seperti Jabatan Imigresen serta pihak kedutaan.

“Dalam notis yang disyaratkan, tidak boleh melibatkan warga negara asing,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan sebarang ketidakpuasan oleh mana-mana pihak terhadap kes tersebut, perlu membuat laporan polis mengikut lunas undang-undang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang menjejaskan nama baik dan diplomasi Malaysia.

Dalam perkara lain, Azizi menyatakan seorang pelancong wanita Jepun meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 230.3 Lebuhraya Utara Selatan melibatkan sebuah lori dan sebuah bas semalam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya