Kes buli anak penyanyi: 12 laporan polis dibuat, tiga kertas siasatan dibuka

Kes buli anak penyanyi: 12 laporan polis dibuat, tiga kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menerima 12 laporan berkaitan kejadian buli yang melibatkan anak seorang penyanyi tempatan dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata setakat ini tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung insiden tersebut.

“Dua daripada tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah dikembalikan kepada kami untuk dikemas kini.

“Polis percaya terdapat lima hingga enam suspek yang terlibat, semuanya pelajar tingkatan lima serta seorang warden sekolah yang telah diambil keterangan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah tugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, hari ini.

Terdahulu, kes buli terbabit didedahkan Tam Spider atau nama sebenar Rustam Mustafah yang mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun menjadi mangsa buli.

Media melaporkan, selain Tam, beberapa ibu bapa lain termasuk Khir Rahman turut tampil mendedahkan perkara sama dan mendesak pihak sekolah mengambil tindakan terhadap enam pembuli.

Tambah Rusdi, beberapa mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada telinga manakala yang lain mengalami lebam di tangan dan kaki.

“Polis akan mengambil keterangan daripada pelajar-pelajar yang dipercayai suspek dalam kes tersebut pada hujung minggu ini.

“Atas permintaan ibu bapa suspek, kami menjangka untuk mengambil keterangan mereka hujung minggu ini memandangkan anak-anak mereka akan menjalani peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya