Kes alas kaki mirip masjid, kaabah: Polis tahan dua lelaki

Kes alas kaki mirip masjid, kaabah: Dua lelaki ditahan bantu siasatan

alas kaki
MOHD. ALWI ZAINAL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan kaabah di sebuah bazar perniagaan di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 26 dan 41 tahun itu merupakan pemilik serta pekerja di bazar jualan karpet tersebut.

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan kelmarin yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya daripada sebuah khemah bazar mengandungi corak menyerupai bentuk kaabah dan masjid.

“Sebelum itu, semasa lelaki ini berada di salah sebuah khemah bazar perniagaan di pusat bandar, dia telah melihat beberapa karpet disyaki alas kaki bercorak kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai dan dia telah membeli karpet tersebut serta membuat laporan polis,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd. Alwi, kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN