Kertas cadangan kebajikan anak asuhan GISBH ditangguh

Tambahan maklumat, kertas cadangan kebajikan anak asuhan GISBH ditangguh

NANCY Shukri (tengah) bergambar bersama peserta selepas menyampaikan ucaptama pada Inclusivity In Early Childhood Education Conference di Doubletree by Hilton, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kertas cadangan melibatkan kebajikan anak asuhan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang ditangguhkan dahulu sebelum dibentangkan ke Kabinet.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini susulan terdapat penambahan maklumat dan peningkatan jumlah anak asuhan GISBH yang diselamatkan dalam Ops Global untuk diteliti.

Beliau berkata, pihaknya perlu membuat perincian terhadap setiap individu yang diselamatkan serta apakah pelan disediakan kepada mereka.

Katanya, beliau berharap proses-proses ini dapatkan dilicinkan sebelum pelan perancangan yang disediakan sebelum ini dapat dibentang ke Kabinet pada minggu depan.

“Sepatutnya bentang pada minggu lepas tetapi tidak sangka kita tidak dapat mempercepatkan proses itu, jadi ia belum belum dapat dilengkapkan.

“Sekarang ini masih ramai lagi yang perlu melalui proses-proses tertentu termasuk melibatkan proses pengenalan identiti melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, ada yang sudah berusia 20 tahun tapi mendakwa masih 16 tahun.

“Jadi, ia sedikit sebanyak menjadikan proses sementara terganggu, kita perlu sediakan pelan yang terangkum untuk membantu mereka ini,” katanya ketika ditemui selepas program Persidangan Keterangkuman Pendidikan Awal Kanak-kanak di Hotel Doubletree, di sini hari ini.

Sebelum ini, Nancy dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa kertas cadangan ke Kabinet minggu ini untuk dibincangkan bersama beberapa kementerian lain berhubung perancangan terhadap 572 kanak-kanak dan remaja di bawah asuhan GISBH.

Katanya antara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet itu termasuk cadangan jangka pendek, sederhana dan panjang mengenai masa depan kanak-kanak berkenaan termasuk berkaitan pendidikan, keselamatan semua kanak-kanak terlibat dan kesan kepada mereka selepas ini.

Sementara itu bercakap mengenai pusat jagaan Orang Kurang Upaya (OKU), Nancy berkata, pusat tersebut bakal diwujudkan lebih banyak bagi menampung keperluan yang semakin meningkat.

Katanya, setakat ini, hanya terdapat 11 pusat taska OKU berdaftar yang direkodkan berdaftar di negara ini dan pusat jagaan yang tidak berdaftar di seluruh negara disaran membuat pendaftaran segera, sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

“Buat masa ini, hanya ada 11 Taska OKU yang ada, mungkin ada di luar sana yang beroperasi tanpa tidak berdaftar, yang berada di luar pengetahuan kita. Justeru, kita mahu mereka menggunakan saluran yang betul dari segi panduan daripada kementerian, kita mahu semua premis ini mengikut spesifikasi yang betul khususnya aspek keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya