Kerjasama Malaysia-Filipina diperkukuh melalui mesyuarat JCM

Kerjasama Malaysia-Filipina diperkukuh melalui mesyuarat JCM esok

ENRIQUE MANALO - gambar The Filipino Times
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Filipina, Enrique A. Manalo akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula esok bersempena Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina ke-8 (JCM).

Menurut Kementerian Luar, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai mekanisme dua hala tertinggi antara kedua-dua negara sejak tahun 1993.

Katanya, mesyuarat ini turut menjadi platform bagi kedua-dua negara menilai semula kerjasama dua hala, termasuk dari aspek perdagangan dan pelaburan, pertanian, industri halal, pelancongan dan kerjasama keselamatan.

“Ini termasuk memberi peluang untuk kedua-dua pihak meneroka bidang kerjasama baharu yang berkepentingan bersama.

“Lawatan ini amat bermakna kerana tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, kerjasama ini mencerminkan jalinan persahabatan yang erat dan mesra antara Malaysia dan Filipina, dalam konteks hubungan dua hala serta di dalam kerangka kerja ASEAN.

Pada tahun lalu, Filipina merupakan rakan dagang ke-17 terbesar Malaysia di peringkat global dan ke-5 terbesar dalam kalangan negara dagangan ASEAN, dengan jumlah dagangan bernilai RM36.12 bilion (AS$7.92 bilion).

Dari Januari hingga Julai lalu, jumlah dagangan meningkat 5.9 peratus, bernilai RM22.41 bilion (AS$4.75 bilion), berbanding RM20.08 bilion (AS$4.48 bilion) pada tempoh sama pada tahun 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya