JOHOR BAHRU: Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) akan bekerjasama dengan 108 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri ini bagi menyediakan pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, usaha itu penting dalam menjayakan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) tidak lama lagi. Menurutnya, inisiatif ekonomi berimpak tinggi itu dijangka akan menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan baharu, khususnya dalam bidang kemahiran. “Semua 108 institusi TEVT yang ada di Johor akan terlibat dengan JTDC yang bakal dilancarkan pada akhir bulan ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya