Kerja-kerja pembaikan struktur tebing anak Sungai Kerayong mula dilaksanakan JPS

Kerja-kerja pembaikan struktur tebing anak Sungai Kerayong mula dilaksanakan JPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Kerja-kerja pembaikan struktur tebing anak Sungai Kerayong di Taman Lembah Maju yang runtuh malam tadi akan dilaksanakan Pengairan dan Saliran (JPS).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan berkata, kejadian tebing runtuh pada pukul 7.15 malam itu berlaku susulan hujan berpanjangan semalam.

“Kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa namun, terdapat dua buah kenderaan yang hampir jatuh ke dalam sungai telah dikenal pasti.

“Berikutan kejadian tersebut, MPAJ melalui Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) telah bertindak membuat kawalan lalu lintas dan turut melaksanakan kerja-kerja menarik keluar dua buah kenderaan tersebut dari lokasi kejadian menggunakan trak tunda sekitar pukul 9 malam semalam,” katanya.

Mengulas lanjut, MPAJ turut mengingatkan orang ramai khususnya penduduk Ampang bersiap sedia bagi menghadapi sebarang bentuk bencana.

“Ia terutama ketika musim peralihan monsun dan musim tengkujuh yang diikuti hujan lebat serta angin kuat,” katanya.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Unit PANTAS MPAJ di talian 03-42857333 sekiranya berlaku sebarang bencana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya