Kereta bertembung, Khadijah Ibrahim syukur cedera ringan - Utusan Malaysia

Kereta bertembung, Khadijah Ibrahim syukur cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim, bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan malam tadi.

Semasa kejadian, kereta Toyota Hilux yang dinaiki Khadijah, 64, bertembung dengan Toyota Avanza di Taman Kinamas, Jalan Beaufort-Kota Kinabalu pada Isnin.

“Saya okay, cuma luka kecil sahaja.

“Alhamdulillah masih boleh bekerja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu dijadualkan tiba di Kota Kinabalu bagi menyempurnakan tugas berkaitan persatuan.

Penyanyi Ku Pendam Sebuah Duka itu ditugaskan menguruskan tajaan dan pembelian meja untuk Konsert Amal Legends di Sabah International Convention Centre (SICC) di Kota Kinabalu, pada 1 November depan.

Sebelum ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd. Hasbullah Neggok memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada pukul 5.29 petang.

Sejurus selepas itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati lima mangsa terbabit berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan bomba. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya