Kerajaan tubuh NFOF bantu syarikat pemula

Kerajaan tubuh NFOF bantu syarikat pemula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan National Fund-of-Funds (NFOF) di Bawah Khazanah Nasional Berhad yang beroperasi bulan depan dengan dana RM1 bilion. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NFOF akan menyokong pengurus dana modal teroka melabur dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta disediakan untuk 2025.

Katanya, Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) di bawah Dana Perintis menyediakan RM1 bilion  untuk turut menyokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan RM200 juta khusus untuk 2025.

“Cradle Fund diperuntukkan RM65 juta bagi membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. 

“Ini juga termasuk RM15 juta geran padanan sebagai galakan untuk GLC (syarikat berkaitan kerajaan) bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat,” katanya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuh ekosistem modal teroka supaya kekal berdaya saing dalam menarik pelaburan asing, proses kelulusan aliran dana rentas sempadan di bawah Dasar Pentadbiran Pertukaran Asing kini dimudah cara dan boleh dibuat berdasarkan jumlah saiz mandat dana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN