Kerajaan tidak pernah bincang pindaan Perlembagaan - Anwar

Kerajaan tidak pernah bincang pindaan Perlembagaan – Anwar

ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2024 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan tidak pernah membincangkan perkara berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata, malah ia tidak pernah dibincangkan atau disuarakan oleh mana-mana pemimpin dalam Kerajaan Madani.

Kata beliau, perkara berkaitan agama, bahasa, hak keistimewaan bumiputera dan kedudukan raja-raja yang terkandung dalam Perlembagaan negara tidak pernah menjadi pertikaian.

“Baru-baru ini seorang tokoh pembangkang mengatakan kerajaan ini akan meninggalkan landasan, menukar prinsip Perlembagaan Islam sebagai agama persekutuan.

“Ini khayalan apa? Ini adalah hal-hal yang hanya kemudian mengajak kita berbincang dan membawa kebencian berdasarkan pemalsuan fakta.

“Tidak pernah ada perbincangan dalam malangan mana-mana pegawai yang menolak prinsip-prinsip ini, tidak ada,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di sini hari ini.

Anwar berkata, sebarang kritikan atau teguran terhadap pelaksanaan pentadbiran kerajaan boleh disuarakan tetapi jangan bersifat fitnah dan pembohongan.

“Tindakan sebahagian kelompok-kelompok yang menggunakan payung agama atau bangsa untuk menipu hanya akan menimbulkan suara kebencian dan perpecahan kalangan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau mengambil sikap tegas dalam perkara itu.

“Kritiklah dasar ekonomi kita, kritiklah Perdana Menteri kerana tidak bijak dalam banyak hal, tetapi tidak boleh mendusta dan memfitnah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya