Kerajaan tidak cadang guna MyKad syarat buka akaun media sosial

Kerajaan tidak cadang guna MyKad syarat buka akaun media sosial

TEO NIE CHING- FOTO: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewajibkan pengguna membuat pengesahan identiti menggunakan kad pengenalan atau Mykad sebagai syarat untuk membuka akaun di media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, meskipun kerajaan kini sedang berusaha membanteras jenayah siber di media sosial, namun tindakan pengesahan identiti menggunakan Mykad memerlukan perbincangan lanjut membabitkan pihak-pihak berkaitan.

“Kami perlu akui ada beberapa cara untuk dilaksanakan. Pertama, bila kita buka akaun di Facebook, ia tidak mewajibkan sebarang dokumen identiti sebagai mandatori dan bukan senang untuk kerajaan memasukkan syarat itu sebagai syarat wajib. Ini mungkin boleh berlaku selepas ada pelesenan dan kita boleh memasukkan perkara ini dalam kod tatalaku.

“Tetapi ini bukan hasrat kerajaan pada peringkat ini kerana hasrat kami adalah ingin melihat kemajuan dari negara lain seperti di United Kingdom (UK), Singapura, Kesatuan Eropah (EU) yang sedang menghasilkan kod industri. Jadi, kita ingin mencontohi negara ini untuk melihat keberkesanannya,” katanya menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) meminta kementerian menjelaskan sama ada kerajaan bercadang mewajibkan pengesahan identiti menggunakan kad pengenalanan perlu dibuat sebagai syarat untuk membuka akaun di media sosial, juga sebagai jaminan keselamatan terhadap kanak-kanak di bawah umur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya