Kerajaan Terengganu zahir duka cita kepada keluarga empat pelajar UiTM terlibat nahas - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu zahir duka cita kepada keluarga empat pelajar UiTM terlibat nahas

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menzahirkan rasa duka cita kepada keluarga empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang terlibat dalam kemalangan ngeri di hadapan universiti itu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga menyampaikan ucapan takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian menyayat hati tersebut.

“Turut berdukacita dengan tragedi kemalangan yang melibatkan empat orang pelajar UiTM Dungun, Terengganu, malam tadi.

“Tiga daripadanya meninggal dunia manakala seorang sudah stabil dan sedang dirawat di Hospital Dungun.

“Semoga diberi kesabaran dan kekuatan atas ujian yang menimpa. Semoga kesemua mangsa yang meninggal dunia juga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berharap keluarga semua mangsa agar mendapat keadilan sewajarnya.

Anwar berkata, beliau sendiri terkesan dengan insiden tersebut dan berharap keluarga mangsa tabah serta mendapat keadilan sewajarnya.

Semalam, tiga pelajar lelaki UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV.

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20.

Nahas yang berlaku pada pukul 7.35 malam itu, dikatakan berlaku apabila motosikal yang dinaiki mereka secara tiba-tiba dirempuh Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun dari arah belakang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya