Kerajaan Terengganu pantau aktiviti maksiat - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu pantau aktiviti maksiat

AHMAD Samsuri Mokhtar (duduk, tengah) bergambar selepas Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Penggal 2024-2026 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang bertanggungjawab sedang melakukan pemantauan teliti berhubung aktiviti maksiat di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ir Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, aktiviti pemantauan dan serbuan yang diadakan di lokasi yang dikenal pasti juga diadakan dengan berhati-hati bagi mengelak berlakunya sebarang sabotaj daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Kalau nak buat (serbuan) pun kita takkan maklum kepada mana-mana pihak kecuali pihak berkuasa supaya tidak timbul sabotaj dan sebagainya.

“Kita sedang pantau dengan teliti (aktiviti berunsur maksiat di Terengganu), sebab itu saya rasa tanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ini adalah tanggungjawab semua pihak.

“Bagi orang Islam, kita laksanakan tuntutan agama, amar ma’ruf nahi mungkar, bila lihat atau dengar maklumat begini, haruslah disampaikan kepada pihak berkuasa dengan cara masing-masing (yang sesuai),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu Penggal 2024 – 2026 di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia menahan 17 wanita warga Thailand dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Mereka yang berumur lingkungan 19 hingga 33 tahun ditahan ketika asyik melayan pelanggan dengan berpakaian seksi di sebuah pusat hiburan haram di bandar raya ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, aduan boleh dikemukakan kepada ahli majlis PBT atau mana-mana pihak berkuasa.

“Insya-Allah kerajaan negeri akan guna ruang yang ada untuk ambil tindakan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya