Kerajaan sedia RM900 juta laksana projek perumahan rakyat

Kerajaan sedia RM900 juta laksana projek perumahan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan hampir RM900 juta bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang 110 Perai Tengah. 

Sebanyak 30 projek PRR dijangka siap penghujung 2025 yang bakal memanfaat hampir 17,500 penghuni baharu. 

Selain itu, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)  telah meluluskan RM12.8 bilion jaminan kerajaan kepada lebih 57,000 pembeli rumah pertama. 

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan dan Kampung Baru Cina kepada maksimum RM90,000. 

Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum RM20,000.

Dalam pada itu, rumah strata kos rendah dan sederhana awam diselenggara termasuk mengganti lif-lif usang dengan peruntukan hampir RM200 juta.

Selain itu, 48 buah Taman Awam Madani dinaik taraf meliputi kawasan rekreasi serta landskap serba indah di bandar dan pekan kecil dengan peruntukan hampir RM100 juta.  

Kampung Baru Cina diperuntukkan RM84 juta antaranya untuk menaik taraf kemudahan asas dan sosial bagi kegunaan komuniti. KPKT juga diberi tanggungjawab untuk menyelaras keperluan di perkampungan kaum India. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN