PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan RM550 juta untuk mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan sebagai persiapan rapi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ia merangkumi persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026, penganjuran aktiviti budaya, acara pelancongan dan capaian penerbangan ke Malaysia.
Pemerkasaan ekonomi komuniti melalui seni termasuk mempromosi kraf tangan dan batik. – UTUSAN