Kerajaan perlu kaji semula kelulusan projek berkepadatan tinggi

Kerajaan perlu kaji semula kelulusan projek berkepadatan tinggi

TERESA KOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengkaji semula tindakan meluluskan beberapa projek berkepadatan tinggi sehingga mampu menjejaskan usaha tebatan banjir di Kuala Lumpur.

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata, perkara ini perlu dipandang serius kerana parit dan longkang di Kuala Lumpur sudah tidak mampu menampung air hujan yang lebat.

Lebih teruk lagi, jelas Teresa ia juga memberi kesan kepada keseluruhan ahli Dewan Rakyat di mana pada 14 Oktober lalu sidang Parlimen terpaksa ditangguhkan selama 30 minit kerana ramai anggota Jemaah Menteri dan ahli Parlimen tidak dapat masuk ke Parlimen akibat banjir kilat.

“Saya rasa sangat kesal, bila kerajaan Madani dan para NGO di dunia bersuara lantang tentang perubahan iklim, kerajaan meluluskan beberapa projek yang berkepadatan tinggi yang akan menjejaskan usaha tebatan banjir di Kuala Lumpur, khususnya dua projek di kawasan Parlimen Seputeh.

“Pada bulan April tahun ini, kerajaan membatalkan perizaban 4.4 ekar tanah Kawasan Kolam Takungan Banjir (KTB)  Kampung Bohol dan diberi milik kepada pemaju untuk membuat rumah pada harga pasaran bebas. Selain itu, plot tanah di sekeliling KTB juga diberikan kepada pemaju yang dipertugaskan untuk membina KTB yang dikatakan bernilai RM40 juta.

“Pada Ogos tahun ini,  projek berkepadatan tinggi yang mengandungi 800 unit perumahan Madani yang dinamakan Residensi Suria Madani dan 1,613 unit kondominium harga bebas yang dinamakan M. Aspira. Kedua-dua projek yang dibangunkan oleh pemaju Mah Sing Group Berhad di 6.17 ekar tanah di Taman Desa. Projek yang bernilai RM1.01 bilion ini selain daripada terletak di kawasan  yang penuh dengan perumahan yang padat, mereka juga terletak berdekatan dengan KTB Terowong Smart.

“Kenapa kerajaan masih meluluskan projek yang berdensiti tinggi di tempat sekeliling kolam takungan banjir? kenapa  agensi yang mempunyai kepakaran teknikal yang penting seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak memainkan peranannya untuk menghalang projek-projek tersebut diadakan di persekitaran KTB?” soalnya dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Teresa turut berkata, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025, sekali gus kebimbangan mengenai tebatan banjir ini perlu diberi perhatian lebih serius kerana jika tidak, ia akan menjejaskan imej negara kita di kalangan media, pelabur dan pelancong asing.

“Mungkin kita terpaksa mengadakan Pelancongan Banjir dengan membawa pelancong melawat dengan bot di Kuala Lumpur,” sindirnya.

Dalam perkembangan lain, Teresa turut mencadangkan majikan membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja asing mereka pada kadar 1.5 peratus.

“Ini bermaksud bagi seorang pekerja asing mempunyai gaji asas RM1,700, caruman 1.5% majikan ialah RM20.50 manakala caruman pekerja (asing) ialah RM170, jika digabungkan keseluruhannya RM190.50.

“Ini hampir mencapai angka kenaikan kadar gaji minimum untuk tahun depan, iaitu RM2000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya