Kerajaan perlu ambil tindakan segera atasi pencemaran plastik 

Kerajaan perlu ambil tindakan segera atasi pencemaran plastik 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan dunia tidak ada kesungguhan mengatasi masalah pencemaran plastik kerana penggunaan bahan tersebut terus  berleluasa.

Jenis plastik yang  paling banyak diguna dan dibuang ialah jenis sekali guna terutama pembungkus makanan, botol minuman, penyedut air atau pengacau minuman. 

Botol plastik, terutamanya yang diperbuat daripada Polyethylene Terephthalate (PET)  antara barangan yang sering dibuang kerana penggunaannya sangat meluas khususnya untuk minuman dan cecair  lain.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean berkata, pembuangan dan pencemaran plastik berlaku secara berterusan disebabkan oleh kelemahan pihak kerajaan yang melengah-lengahkan pengharaman dan penguatkuasaan undang-undang untuk membendung isu ini daripada berterusan.

Menurut beliau, pihak kerajaan perlu mengharamkan penggunaan plastik di negara ini berikutan ia menyebabkan banyak masalah alam sekitar dan kemusnahan ekologi.

“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) perlu mengharamkan penggunaan plastik pelbagai jenis secara serta-merta. 

“Pengharaman serta-merta oleh pihak kerajaan dengan aspirasi politik yang kukuh akan memaksa industri pembuatan, pembekalan dan pengguna plastik untuk menukar kepada bahan dan kaedah pengunaan yang lebih mesra alam,” kata beliau ketika dihubungi.

Terdahulu akhbar ini melaporkan, dianggarkan sejuta  juta botol plastik dibeli setiap minit di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 1,500 unit akan dibuang setiap saat yang sekali gus memberi ancaman berterusan kepada dunia.

Pengarah Umpan Jaya Sdn. Bhd, Jaafar Sadeq Datuk Mohd. Noordin dilaporkan berkata, situasi tersebut memberi ancaman kepada dunia yang perlu diberikan perhatian termasuk di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mageswari Sangaralingam berkata, pihak kerajaan mahupun swasta mesti mempunyai strategi untuk mengurangkan pembuatan dan penggunaan plastik.

Katanya, dengan pelaksanaan undang-undang, pembuangan dan pencemaran plastik dapat dihindarkan serta pihak kerajaan perlu menggalakkan penggunaan alternatif yang lebih selamat dan mesra alam bagi menggantikan penggunaan plastik. 

“Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan larangan penggunaan penyedut minuman, serta memperkenalkan larangan penggunaan plastik sekali guna di kedai makan dan gerai penjaja sementara menggiatkan kempen tanpa beg plastik termasuk di pasar raya, pasar malam dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya