Kerajaan pantau rapat, pastikan keselamatan Malbatt 850-11

Kerajaan pantau rapat, pastikan keselamatan Malbatt 850-11

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan akan mematuhi segala ketetapan dan keputusan yang ditetapkan Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) dan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang peranan UNIFIL selanjutnya di Lubnan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pihaknya melalui Kementerian Luar Negeri akan berhubung dengan PBB melalui saluran yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman Malaysia berada dalam keadaan yang baik dan bertugas selari dengan mandat yang diperuntukkan.

Katanya, Kementerian Pertahanan juga terus memantau dengan dekat perkembangan terkini termasuk keadaan pasukan pengaman Malaysia di Lubnan.

“Penglibatan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 adalah di bawah panji-panji dan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

“Tugas dan tanggungjawab mereka adalah tertakluk kepada protokol dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, UNIFIL mengesahkan pasukan pengaman masih ditempatkan di pelbagai lokasi di seluruh Lubnan, dengan rancangan kecemasan sedia untuk diaktifkan jika diperlukan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut mengecam tindakan Israel dan menggesa agar serangan dihentikan.

“Israel mesti menghormati mandat tersebut dan tidak mengheret UNIFIL ke kancah konflik Israel-Hezbollah. 

“Serangan ke atas anggota UNIFIL adalah serangan terhadap PBB dan masyarakat dunia. Ia adalah perbuatan yang melanggar segala norma undang-undang antarabangsa dan sangat tidak bertamadun,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya