Kerajaan Madani komited lahir usahawan India - Ramanan

Kerajaan Madani komited lahir usahawan India – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Madani komited melahirkan usahawan India menerusi pelbagai program antaranya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan Prosperity, Empowerment serta a New Normal For Indian Women (PENN) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sebelum ini terdapat program Tekum untuk komuniti India membabitkan dana RM30 juta namun kini wujud tambahan sebanyak RM30 juta iaitu inisiatif baharu Skim Pembiayaan Pemerkasaan Usahawan Masyarakat India SPUMI Goes Big.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RMI0 juta telah diagihkan kepada hampir 400 usahawan yang telah menerima bantuan.

“Selain itu, program Brief-l, sebanyak RM31 juta telah diperuntukkan bagi 377 usahawan, manakala program PENN kami telah memperuntukkan RM50 juta dan setakat Ogos.

“Sebanyak RM15.4 juta telah diperuntukkan kepada 2,100 usahawan wanita India seluruh negara,” katanya selepas merasmikan program Vanakam Madani Parlimen Sungai Buloh semalam.

Dalam majlis itu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) bakal mengagihkan 10,300 bakul makanan kepada keluarga B40 di seluruh negara bersempena perayaan Deepavali yang bakal disambut 31 Oktober ini.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, sempena Program Vanakam Madani 2024, pihaknya telah menyalurkan bakul makanan kepada 500 keluarga masyarakat India di sini.

“Bakul makanan ini, pada permulaannya diberikan di Sungai Buloh. Kami telah mendapat data semua keluarga B40 daripada YBR dan telah mengenal pasti penerima tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya