Kerajaan komited wujudkan peluang pekerjaan mahir, rancakkan industri utama

[PARLIMEN] Kerajaan komited wujudkan peluang pekerjaan mahir, rancakkan industri utama

HANIFAH HAJAR TAIB/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mewujudkan peluang pekerjaan mahir bagi merancakkan pertumbuhan industri utama untuk memastikan pewujudan pekerjaan mahir dan pembangunan bakat yang memenuhi keperluan industri serta peningkatan bilangan individu berkelulusan tinggi yang memasuki pasaran pekerjaan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,  terdapat keperluan intervensi dilakukan kepada industri strategik dan berimpak tinggi iaitu ‘high growth high value’ seperti yang telah dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan mensasarkan sebanyak 30,000 pewujudan peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa, 6,000 dalam industri logistik dan 2,844 dalam perkhidmatan global.

“Pada April 2024, Pelan Tindakan KL20 bagi mewujudkan ekosistem syarikat pemula yang berdaya saing serta mengukuhkan jaringan kolaborasi dengan pelabur dari dalam dan luar negara berupaya memposisikan Kuala Lumpur di kedudukan 20 teratas dalam ekosistem syarikat pemula global menjelang 2030

“Inisiatif itu juga bakal mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan mahir kepada bakat tempatan selain ekosistem modal teroka akan diperkukuh bagi menggalakkan keusahawanan dan inovasi sekali gus mewujudkan ekosistem dinamik serta peningkatan daya saing global. 

“Selain itu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) mengunjurkan 310,000 penciptaan pekerjaan menjelang tahun 2050 merentasi enam pemacu peralihan tenaga. NETR juga menggariskan inisiatif pembangunan kapasiti melalui pembangunan taksonomi kemahiran hijau, program reskill dan upskill serta kerjasama strategik bersama universiti tempatan dalam bidang peralihan tenaga.

“Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) bertujuan untuk memperkukuhkan sektor pembuatan mensasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam kategori mahir serta gaji penengah setinggi RM4,510 sebulan bagi pekerja dalam sektor pembuatan,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Hanifah berkata, kerajaan turut menyasarkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital terutamanya saintis data bagi industri pusat data.

“Pembangunan pusat data akan menghasilkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan trend semasa dapat dioptimumkan dan pasaran pekerjaan yang lebih mampan.

“Kerajaan percaya pelaksanaan pelbagai strategi dan inisiatif yang disebutkan akan memangkin pertumbuhan dalam sektor berkemahiran tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada individu berkelulusan tinggi.

“Ini akan memastikan sasaran komposisi pekerjaan mahir mencapai 35 peratus pada 2025 selaras dengan aspirasi mencapai negara berpendapatan tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya