Kerajaan komited kurangkan pinjaman, fiskal - Anwar

Kerajaan komited kurangkan pinjaman, fiskal – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur untuk meningkat kualiti hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Madani mewarisi hutang sebanyak RM1.5 trilion, dengan defisit fiskal tahunan berkurangan kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, turun daripada 5.6 peratus pada 2022.

“Defisit fiskal tahunan berkurangan secara berperingkat, (bersama-sama dengan) pinjaman, yang mencatatkan RM93 bilion pada 2023, dan (dengan sasaran) RM86 bilion pada tahun ini.

“Walaupun jumlah ini agak besar, ia belum mencukupi,” katanya dalam sesi temu bual bersama CNBC. 

Anwar berkata, walaupun kerajaan menetapkan sasaran mengurangkan defisit fiskal dan hutang negara, ia akan terus melabur dalam bidang seperti pendidikan, kesihatan awam dan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Hutang negara kini berada pada 64 peratus daripada KDNK dengan kerajaan menyasarkan mengurangkan angka ini kepada sekurang-kurangnya 60 peratus secara berperingkat.

Sebelum ini, Anwar berkata, defisit fiskal diturunkan kepada 5.0 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 5.6 peratus pada 2022, dengan unjuran penurunan seterusnya kepada 4.3 peratus pada tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya