Kerajaan komited bangunkan sukan negara, hargai atlet

Kerajaan komited bangunkan sukan negara, hargai atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan komited memperhebat pembangunan sukan negara khususnya menerusi peruntukan lebih RM230 juta dalam Belanjawan 2025 yang dibentang di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut antaranya untuk program podium, latihan atlet dan Road to Gold (RTG).

“(Selain itu untuk) persiapan atlet para menjelang sukan para dunia termasuk Deaflympic Tokyo 2025, kerja-kerja menyelenggara dan membaiki kemudahan belia serta sukan seluruh negara;

“(Ia juga untuk) geran padanan sukan sebagai galakan penganjuran pertandingan sukan oleh persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan daripada tujuh atlet negara di Parlimen yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di temasya sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Atlet-atlet tersebut adalah Lee Zi Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Cheah Liek Hou, Bonnie Bunyau Anak Gustin, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Eddy Bernard.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau berbangga dengan pencapaian hebat tujuh atlet yang berjaya memenangi pingat di Paris dalam acara sukan masing-masing.

Jelasnya, beliau terkesan mendengar pengalaman atlet-atlet tersebut yang bermula di bangku sekolah dan gigih berusaha untuk memecahkan tembok-tembok halangan untuk bergelar atlet bertaraf dunia hingga menyatukan rakyat Malaysia.

“Saya juga kagum mendengar perkongsian pengalaman saudara Wooi Yik yang sanggup menahan sakit akibat jari kakinya retak dan membengkak selama 74 minit sepanjang perlawanan penentuan pingat gangsa di Paris.

“Terima kasih atas kekentalan jiwa dan pengorbanan ini demi memastikan bendera Malaysia berkibar di Paris,” katanya.– UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya