PETALING JAYA: Kerajaan menjangkakan kutipan hasil tahun 2025 terus meninggi kepada RM340 bilion.
Pada tahun ini, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi iaitu kepada RM322 bilion ketimbang RM308 bilion.
“Untuk menangani kemelut ini, asas hasil perlu diperluas. Cukai yang dipungut masih antara terendah yakni 12.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 ketimbang negara tetangga seperti Thailand (16.1 peratus), Filipina (14.1 peratus) dan Singapura (13.7 peratus).
“Lebih jelas, kita menanggung subsidi, insentif dan bantuan mencecah RM80 bilion tahun lalu yang turut dinikmati golongan kaya dan warga asing,” kata Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim. – UTUSAN