KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.
Perkara itu antara kandungan dalam teks ucapan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ini bermakna pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan dengan syarat-syarat ditetapkan dan dipantau oleh Pegawai Penjara. – UTUSAN