Kerajaan disaran naikkan harga beras tempatan - Utusan Malaysia

Kerajaan disaran naikkan harga beras tempatan

beras putih
BERAS putih tempatan - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disarankan menaikkan harga Beras Putih Tempatan (BPT) bagi membantu pemain industri yang terkesan dengan ketidakstabilan harga makanan ruji tersebut, terutamanya golongan petani.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob berkata, selagi harga beras tidak dinaikkan, pengguna dan pengilang akan terus berdepan masalah dari segi harga belian padi dan harga benih.

“Dulu, harga padi adalah RM1,200 per tan, harga benih di pintu kilang RM28 dan harga beras putih sekitar RM2.60 sekilogram. Ketika itu, keadaan tersebut dianggap stabil dan menguntungkan bagi semua pihak.

“Selepas Covid-19, harga belian padi meningkat daripada RM1,008 disebabkan kenaikan kos, termasuk benih yang naik tiga kali ganda semasa pandemik Covid-19, mencecah RM58 hingga RM60.

“Situasi itu memberi tekanan kepada harga beras, yang masih di bawah paras RM2.60, sekologram menjadikannya tidak seimbang dan tidak adil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu baru-baru ini dilaporkan berkata, perbincangan berhubung cadangan menaikkan harga beras masih diteruskan antara kementerian-kementerian lain.

“Sekarang masih di peringkat perbincangan dan akan menuju ke penyelesaian terakhir. Ia akan dimuktamadkan sebelum Oktober, insya-Allah. Sebarang perubahan harga dan sebagainya membabitkan perbincangan antara empat hingga lima kementerian,” katanya.

Mengulas lanjut, Rashid berkata, kerajaan perlu berjiwa besar dengan menaikkan harga beras tempatan kepada lebih RM3.50 sekilogram bagi mengimbangi kos yang dihadapi oleh pengilang dan petani, serta memastikan industri ini dapat bertahan dalam jangka panjang.

“Jika tidak, kerajaan perlu mengeluarkan subsidi. Namun, dalam keadaan semasa, rasanya sukar untuk kerajaan menanggung subsidi yang besar,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya