Kerajaan dalam proses siapan respons banjir ibu kota - NIk Nazmi

Kerajaan dalam proses siapan respons banjir ibu kota – NIk Nazmi

NIK Nazmi semasa sidang media sempena Karnival Penghijauan Malaysia dan KL Green Symphony 2024 di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dalam proses menyiapkan respons maklum balas berkaitan banjir di ibu kota baru-baru ini.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, respons itu dalam fasa perbincangan melibatkan badan-badan kerajaan seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Katanya, ia bagi mencari perkara yang boleh ditambahbaik dari insiden banjir di Lembah Kelang tempoh hari.

“Nanti akan ada respons yang menyeluruh berkenaan isu yang dibangkitkan sama ada di peringkat kementerian atau MetMalaysia.

“Kami telah minta semua jabatan untuk melihat kembali prosedur operasi standard (SOP) yang ada supaya boleh ditambahbaik lagi.

“Saya juga sudah sedia maklum bahawa Nadma juga mempunyai langkah tersendiri untuk diambil,” katanya selepas merasmikan Karnival Penghijauan Malaysia dan KL Green Symphony 2024, di sini hari ini.

Selasa lalu, beberapa kawasan di sekitar ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat kira-kira sejak pagi hingga petang sehingga menyebabkan beberapa jalan raya tenggelam.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan kira-kira 13 kawasan telah terjejas dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan iklim yang tidak menentu.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari laman web MET Malaysia untuk mendapatkan maklumat berkenaan cuaca semasa.

“Jika semua anggota masyarakat sentiasa mengambil perhatian terhadap ramalan cuaca dan semestinya perkara itu akan membantu juga untuk kesiapsiagaan komuniti berdepan dengan perkara sebegini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya