PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji semula skimnya bagi memperkukuh pendekatan pemindahan antara generasi iaitu sebahagian simpanan ahli boleh dipindahkan terus ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat.
Selain itu, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan cadangan ini akan dilaksanakan secara berfasa.
Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas caruman dalam Skim Persaraan Swasta dan bayaran premium anuiti tertangguh sehingga tahun taksiran 2030. – UTUSAN