Kerajaan belum muktamad klasifikasi pendapatan T15 - Utusan Malaysia

Kerajaan belum muktamad klasifikasi pendapatan T15

ANWAR Ibrahim berucap pada Konvensyen PKR Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi mengklasifikasi rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegas demikian bagi menafikan anggapan pihak yang mentakrifkan T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas.

Menurutnya, kerajaan sedia mempertimbangkan agar klasifikasi kelompok yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi itu diubah daripada T15 menjadi T10 iaitu kelompok 10 peratus teratas rakyat berpendapatan tinggi.

“Kita hendak tengok apakah T15 itu mampu bayar. Kalau tak mampu, kita jadikan pula T10, atau tingkatkan kadar tangga pendapatan T15 itu menjadi lebih tinggi daripada RM12,000 iaitu mungkin RM15,000 atau RM18,000 sebulan.

“Kalau pendapatan dia rendah, kita bagi pertimbangan untuk tidak mahu bebankan rakyat. Yang pentingnya, sekurang-kurangnya 85 peratus daripada rakyat tidak terkesan,” katanya.

Anwar berucap pada Perasmian Konvensyen PKR Perak di sini hari ini.

Dalam Belanjawan 2025, golongan T15 disebut dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan sedangkan takrifannya masih belum dimuktamadkan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan T15 adalah golongan yang menerima gaji sebanyak RM12,000 ke atas tetapi isi rumah bagi kumpulan itu bukan seorang, namun mewakili 3.8 peratus individu.

Ketika membentangkan belanjawan 2025, Anwar berkata, warga asing dan 15 peratus pengguna teratas, atau digelar ‘mahakaya’, menikmati 40 peratus subsidi petrol RON95 kerajaan.

Mengulas perkara itu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan kini memperhalusi pengkelasan pendapatan kategori T15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya