Keputusan tempoh reman wanita rempuh pelajar ditentukan esok - Utusan Malaysia

Keputusan tempoh reman wanita rempuh pelajar ditentukan esok

MAIZURA ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Keputusan sama ada tempoh reman terhadap wanita yang dipercayai merempuh dua buah motosikal yang dinaiki empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun hingga menyebabkan tiga kematian dilanjutkan akan ditentukan esok.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada tempoh reman yang berakhir esok akan disambung atau sebaliknya.

“Belum tahu lagi (permohonan sambung reman). Apa-apa tunggu di Mahkamah Kuala Terengganu esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Maizura berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam pada Rabu, tiga penuntut UiTM Kampus Dungun maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan jenis Honda CRV yang dipandu seorang wanita berusia 49 tahun.

Tiga mangsa yang maut itu ialah Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin masing-masing berusia 20 tahun dan Muhammad Akmal Tukirin, 25.

Kesemua mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang cedera parah ialah Muhammad Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya