Keputusan tak rasmi: Akmal Zahin menang Ketua Pemuda Bersatu

Keputusan tak rasmi: Akmal Zahin menang Ketua Pemuda Bersatu

PENGERUSI Tetap Pemuda Bersatu Akmal Zahin Zainal Zahir memperoleh 2,432 undi, 76 undi mengatasi Hilman Idham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatan Ketua Pemuda Bersatu dimenangi oleh Pengerusi Tetap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Akmal Zahin Zainal Zahir secara tidak rasmi.

Meja Pusat Penjumlahan Undi dalam kenyataan memaklumkan, Zahin memperoleh 2,432 undi, iaitu 76 undi lebih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham dengan 2,356 undi.

“Keputusan ini adalah hasil dari penjumlahan undi bagi 112 daripada 115 bahagian yang layak bersidang dan memilih. Tiga bahagian tidak dijumlahkan undinya disebabkan tidak menjalankan persidangan (Bangi & Kuala Krau) dan persidangan terbatal (Ampang).

“Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada semua perwakilan, petugas dan pihak yang telah menjayakan proses pemilihan kali ini dengan penuh etika, integriti dan profesional.

“Keputusan rasmi adalah tertakluk kepada keputusan yang bakal diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam waktu terdekat nanti,” katanya.

Pada masa sama, Meja Pusat Penjumlahan Undi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua calon dan semua perwakilan serta penyokong di atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan.

“Kedua-dua mereka juga menyeru agar semua ahli Armada untuk kekal bersatu dan merapatkan saf bagi terus berjuang dengan berpegang kepada idealisme perjuangan Bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.

“Syabas dan tahniah kepada Zahin Zainal atas kejayaan ini. Semoga kejayaan saudara dapat memperkasakan Bersatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya