Keputusan rayuan lepas, bebas Bung Moktar dan isteri 18 November

Keputusan rayuan lepas, bebas Bung Moktar dan isteri 18 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 November ini untuk keputusan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Sekiranya, keputusan berpihak kepada pendakwaan, Bung Moktar perlu membela diri atas pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan agensi berkenaan supaya melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Zizie pula perlu membela diri atas pertuduhan bersubahat dengan suaminya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pasangan tersebut membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Mereka pada mulanya dijadualkan untuk membela diri pada Julai 2023.

Bagaimanapun pada, 7 September 2023, Bung Moktar dan Zizie dilepaskan dan dibebaskan daripada tiga tuduhan berkaitan rasuah itu setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan semakan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya