Kepakaran kendali aset penentu utama beli aset ATM

Kepakaran kendali aset penentu utama beli aset ATM

ASET ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menyertai perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepakaran mengendali dan menyelenggara aset adalah antara faktor utama menentukan pembelian aset pertahanan baharu untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mohd. Mizan Aslam berkata, kekurangan peruntukan bukan faktor utama bagi Kementerian Pertahanan (Mindef) memperoleh aset baharu dan terkini dalam mendepani cabaran aset usang.

Jelasnya, jumlah peruntukan sebenar yang diperlukan ATM juga adalah perkara subjektif kerana ia bergantung kepada apa negara ingin beli selain perlu melihat doktrin ketenteraan negara sama ada perbanyakkan aset dalam negara atau sebaliknya.

“Isu peruntukan ini juga bergantung kepada keperluan dan nilai wang yang kita ada ketika ini, namun jumlah yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini bukan keputusan muktamad malah boleh diusulkan semula nilai baharu.

“Dalam isu pembelian aset, kerajaan atau Mindef perlu melihat kepada faktor antaranya kepakaran mengendalikan dan menyelenggarakan aset kerana ia sering berkait dengan keperluan anggota dihantar berlatih ke negara pembekal sebelum aset tersebut dibeli.

“Sekiranya kerajaan membeli aset pertahanan baharu, sejauh mana anggota kita mampu mengendalikannya? Sebagai contoh, terdapat aset yang memerlukan penataran perisian (software upgrade) yang mana kadar kebergantungan kita kepada pakar luar negara sangat tinggi. Jika tidak dirujuk, aset pertahanan kita tidak dapat digunakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, Mindef menerima peruntukan sebanyak RM21.13 bilion bagi 2025, meningkat kira-kira 7.08 peratus berbanding peruntukan tahun 2024 iaitu sebanyak RM19.7 bilion.

Daripada jumlah tersebut, RM13.64 bilion adalah untuk Peruntukan Mengurus (OE) manakala RM7.49 bilion adalah bagi Peruntukan Pembangunan (DE).

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa aset ketenteraan negara yang berusia melebihi 30 tahun adalah sebanyak 171.

Katanya, jumlah aset milik ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 108 unit bagi tentera darat, 29 unit bagi tentera laut dan 34 unit bagi tentera udara.
Dalam pada itu, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr. Azmi Hassan berkata, tiada keperluan untuk ATM menjalankan konsep sewa beli bagi perolehan aset pertahanan terkini.

“Konsep sewa beli memang lebih murah berbanding pembelian aset secara terus kerana kita mendapat aset terkini dan boleh menukar aset tersebut. Namun dalam hal ini, kita tidak mampu.

“Hal ini kerana kita memerlukan aset dalam tempoh 10 hingga 30 tahun dalam pegangan kita. Sewa untuk setiap tahun memang agak mahal, tetapi negara mendapatkan aset pertahanan terkini.

“Justeru, negara perlu mengimbangi pembelian aset sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek kerana kita tidak mempunyai ancaman yang kritikal meskipun diancam oleh China baru-baru ini,” katanya.

kepakaran mengendalikan dan menyelenggarakan aset merupakan asas utama dalam pembelian aset pertahanan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya