Kenaikan ringgit belum capai nilai saksama

Kenaikan ringgit belum capai nilai saksama

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit belum mencapai nilai saksama walaupun mencatatkan peningkatan berbanding dolar Amerika Syarikat baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun mata wang Malaysia muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara, ia masih berada di bawah nilai sebenar.

Ia masih berada di bawah nilai sebenar (walaupun) pada kadar RM4.10 (berbanding dolar AS).

“Orang ramai tahu bahawa ia pernah berada pada kadar RM3.80 tetapi lebih baik ia mengukuh secara berperingkat tanpa campur tangan.

“Biarkan kuasa pasaran menentukan. Ia akan mencerminkan keyakinan terhadap dasar kerajaan dan cara kami melaksanakan pembahuruan,” katanya dalam sesi temubual bersama CNBC.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit merosot kepada 4.2155/2240 berbanding dolar AS daripada 4.1230/1280 minggu lepas.

BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar AS daripada RM4.55 sebelum ini, memaparkan prestasi cemerlang ringgit pada suku ketiga 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya