Kemudahan asas luar bandar dapat RM2.9 bilion

Kemudahan asas luar bandar dapat RM2.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemudahan asas di kawasan kampung, desa dan pedalaman terus ditumpukan bagi memberi keselesaan kepada rakyat dengan peruntukan hampir RM2.9 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jalan kampung akan dibina dan dibaik pulih seperti di Kota Belud, Sabah; Pasir Puteh, Kelantan dan Kuala Lipis, Pahang dengan peruntukan hampir RM1.8 bilion.

Katanya, projek bina dan baik pulih jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu jalan kampung diteruskan membabitkan peruntukan lebih RM350 juta.

“Bekalan air bersih dan elektrik di Sabah dan Sarawak meliputi 5,150 unit rumah dengan peruntukan hampir RM500 juta.

“Kerajaan juga menyokong kerjasama universiti awam dalam menambah baik prasarana kampung seperti kejayaan projek pemasangan solar di Pulau Tuba oleh Universiti Malaysia Perlis,” katanya yang juga Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN