Kementerian Pendidikan terima RM64.1 bilion tertinggi dalam sejarah

Kementerian Pendidikan terima RM64.1 bilion tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 billion iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah ketimbang RM58.7 bilion tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaannya adalah kekal untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.

Katanya, sebanyak RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

“RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutama keadaan bilik darjah yang uzur. Ini termasuk di sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU (orang kurang upaya).

“RM1 bilion pula bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah; dan SK Dudong, Sibu, Sarawak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN