Keluarga Altantuya persoal perintah eksplisit Azilah tidak disiasat

Keluarga Altantuya persoal perintah eksplisit Azilah tidak disiasat

Azilah Hadri yang membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, baru-baru ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga Altantuya Shaariibuu mempersoal tindakan peguam negara berhubung afidavit tidak dicabar  yang difailkan oleh bekas pegawai polis, Azilah Hadri, yang disabitkan atas tuduhan membunuh model Mongolia itu.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada permohonannya untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Peguam mereka, Sangeet Kaur Deo berkata, adalah paling penting afidavit tambahan itu tidak disangkal oleh pendakwa raya.

“Afidavit tambahan itu termasuk dakwaan tidak dipertikaikan bahawa Azilah bertindak di bawah arahan yang jelas, fakta yang tidak dicabar oleh pendakwa raya, menimbulkan persoalan serius mengenai tindakan Peguam Negara.

“Keluarganya menuntut untuk mengetahui sama ada dakwaan ini telah disiasat dan jika tidak, mengapa ia masih tidak ditangani?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Oktober lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Azilah untuk meringankan hukuman mati ke atasnya digantikan dengan 40 tahun dan 12 sebatan, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap.

“Dalam membuat keputusan itu, mahkamah bersandarkan terutamanya kepada dua alasan berikut.

“Afidavit tambahan yang tidak disangkal difailkan oleh pemohon (Azilah) dan surat sokongan Dr Shaariibuu Setev, bapa Altantuya kepada pemohon,” katanya.

Dia juga berkata, perlu diingat bahawa saman sivil berhubung pembunuhan itu, yang turut membawa kepada penemuan liabiliti yang serius terhadap bekas penganalisis Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia masih belum diselesaikan, dengan rayuan belum selesai sehingga kini.

“Dalam konteks penyiasatan jenayah, Peguam Negara sebagai penjaga kedaulatan undang-undang, mempunyai kewajipan untuk meneruskan setiap petunjuk, secara saksama untuk memastikan semua individu bertanggungjawab, tanpa mengira status, pengaruh atau gabungan.

“Pertuduhan yang sewajarnya mesti dikenakan terhadap semua yang terlibat.

“Sebarang keraguan atau penggunaan undang-undang secara terpilih (atau persepsi mengenainya) akan menghakis kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap pejabat Peguam Negara,” tambah Sangeet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya